Kelas Soft Skills: Kemahiran Membalut Hadiah

14 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Disember 2023 yang lalu staff PEDi Bengoh telah mengadakan kelas soft skills iaitu kemahiran membalut hadiah bersama dengan dua orang peserta dari komuniti tempatan yang sering berkunjung ke PEDi pada sebelah petang. Kelas berlansung selama satu jam iaitu dari pukul 2:00 petang hingga pukul 3:00 petang.

Objektif kelas tersebut diadakan adalah untuk mendedehkan beberapa teknik balutan yang pelbagai kepada kepada para peserta agar mereka dapat menghasilkan variasi jenis balutan yang unik dan cantik. Selain itu, para peserta juga diajar cara untuk mengikat reben pada hadiah tersebut bagi menarik minat si penerima hadiah tersebut.
Kami juga turut berkongsi Modul Klik Dengan Bijak berkenaan dengan mobile e-waste iaitu tanggungjawab para pengguna gejet untuk pengitaran semula sisa elektronik mereka. Sisa-sisa elektronik boleh dibuang ke dalam kotak yang disediakan oleh pihak MCMC yang terdapat di Pusat Ekonomi Digital berdekatan.

Kami berharap agar segala perkongsian yang kami kongsikan dengan para perserta dapat dijadikan sebagai panduan di kemudian hari.
Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali